Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Mentaliti kita berbeza - Dekat di mata jauh di hati

Skyrim snapshot wallpaper
Perbezaan mentaliti (cara kita berfikir) adalah satu lumrah. Ia kerana kita berbeza pengalaman, agama, budaya, persekitaran dan sebagainya. Tetapi, akibat terlalu banyak berbeza, membawa kita kepada banyak salah faham dan "dekat di mata jauh di hati" sesama kita. 

Antara beberapa perkara yang perlu kita diagnosis dan rawat kembali;

- Apabila kita kaya, kita memandang rendah orang miskin dan menganggap mereka kurang berusaha dan seumpamanya.

Apabila kita miskin, kita membenci dan dengki pada orang kaya dan lebih suka melihat mereka jatuh.

- Apabila kita sihat, kita merasa bangga kerana kita telah berusaha dan berjaya menjaga kesihatan. Dan kita memandang orang-orang yang sakit itu tidak pandai jaga kesihatan dan tidak berusaha seperti usahanya kita.

Apabila kita sakit, kita meluat tengok orang sihat dan kalau boleh mahu lihat mereka juga sakit seperti kita.

- Apabila hati kita tenang, kita merasa bahawa kita telah berjaya mengawalnya (hati) dan orang lain degil kerana tidak mahu buat seperti apa yang kita buat. Hasilnya, kita berbangga kononnya kitalah manusia yang tenang. Walhal, mungkin kita masih lagi belum kena ujian yang boleh menggugat hati kita. Jika sampai masanya baru tahu.

Apabila hati kita serabut, ini tah payah ceritalah, %#$8*&! :-D

- Apabila kita banyak ilmu di dada, kita merasakan orang lain pemalas dan tidak berusaha seperti apa yang kita usahakan. Walhal kita lupa / tidak perasan, bahawa "tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah S.w.t". Ya, tak semua orang mampu buat seperti apa yang kita buat. Allah Ta'ala telah mengurniakan kemampuan masing-masing.  Masing-masing ada fungsi masing-masing. Takkan semua orang nak jadi Perdana Menteri belaka.

Apabila kita jahil sesuatu perkara, kita mula cari kelemahan dan kesalahan orang berilmu, untuk merendah-rendahkan mereka dan menyembunyikan kejahilan kita. 

- Apabila kita sudah fanatik dengan pihak yang kita suka, kita sukar untuk melihat dan cuba memahami pihak lain. Malah kita terus menganggap bahawa hanya pihak kita sahaja yang betul dan baik, walaupun kita tidak sedar bahawa kita sudah menjadi berat sebelah, tidak adil dan seumpamanya.

- Apabila kita sudah ada selera atau suka terhadap suatu perkara, kita sukar menerima kesukaan dan selera orang lain. Lebih haru lagi hinggakan kita mudah mengutuk selera atau kesukaan orang lain. Selera manusia memang berbeza. Kenapa perlu sakit hati dengan selera orang lain? Masing-masing nikmati selera masing-masing sudah lah. Janji HALAL.

Dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan .......


Kesimpulan

Parah kalau kita rasakan diri kita ini suci dan baik belaka, tanpa merasakan bahawa kita juga ada banyak kesalahan dan dosa. Begitu juga payah kita nak cari orang yang berani mengaku bersalah dan risaukan kesalahan diri sendiri, dibandingkan dengan orang yang sentiasa nak tunjuk baik di depan orang seolah-olah dirinya tidak ada melakukan kesalahan.

Kita tidak akan faham tentang sesuatu kalau kita tidak alami dan rasai sendiri. Tetapi sekurang-kurangnya dengan BERBINCANG dan BERMESYUARAT sesama kita, masing-masing boleh meluah dan menerangkan dan satu pihak lagi boleh cuba memahami. Kalau bincang dan mesyuarat pun payah, alamatnya nak mampos. Eh bukan, alamatnya makin tak faham lah kita dengan perihal orang lain.

Justeru, apa lah salahnya jika kita mahukan orang lain juga dapat kebaikan seperti apa yang kita dapat, dengan betul-betul IKHLAS. Bukan kerana sakit hati, busuk hati, bangga diri, merasa hebat, dan seumpamanya.

Wassalaam. Peace and justice for all ....... :-)

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)